NAJIB bersalam dengan orang ramai pada program Juara Rakyat peringkat Sabah dan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Padang Bandaran, Sandakan, semalam
SANDAKAN: Lebih tiga juta murid Tahun Satu hingga Tahun Enam di sebanyak 7,685 sekolah rendah kerajaan di seluruh negara akan menikmati faedah daripada program Susu 1Malaysia mulai bulan depan. Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkannya semalam, berkata Kementerian Pelajaran akan menggunakan peruntukan sebanyak RM4 juta dan akan ditambah berdasarkan keperluan selepas itu, manakala bekalan susu akan diperoleh dari Sabah untuk dibekalkan ke seluruh negara. “Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Musa Aman) memberi jaminan negeri itu memiliki keupayaan untuk memenuhi keperluan bekalan susu di semua sekolah rendah,” katanya pada sidang media selepas melancarkan program Juara Rakyat peringkat Sabah dan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, di Padang Bandaran, di sini semalam.
Hadir sama Musa, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan. Pengumuman program Susu 1Malaysia itu dibuat Perdana Menteri ketika berucap di hadapan kira-kira 50,000 hadirin.
“Perkara ini timbul ketika saya menyaksikan isteri Menteri dan Timbalan Menteri bermain badminton di Kota Kinabalu tidak lama dulu. Masa berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin), Datuk Seri Musa dan Datuk Yahya Hussin (Timbalan Ketua Menteri), saya diberitahu Sabah adalah pengeluar susu lembu utama.
“Ia menarik perhatian saya kerana selama ini pun memang menjadi hasrat kerajaan untuk membangunkan generasi baru yang kuat dari segi tubuh badan. Ini kerana zat kalsium dalam susu akan membuatkan otak mereka cerdas, sekali gus berpotensi melahirkan generasi bijak pandai selain sihat secara fizikal,” katanya.
Sumber: :Berita Harian,Jumaat,17 September 2010
Alpha Lipid Lifeline™ adalah susu kolostrum yang banyak khasiatnya dan banyak orang telah mendapat khasiat darinya.
Banyak testimoni menyatakan mengamal minum susu Alpha Lipid Lifeline sebagai Sarapan Pagi setiap hari jarang jatuh sakit/demam/selsema.
Amalkan Alpha Lipid Lifeline™, susu kolostrum sebagai Sarapan Pagi Anda Setiap hari!! Dapatkan susu Alpha Lipid Lifeline™ hari ini!