Sunday, September 5, 2010

ALPHA LIPID BANTU SISTEM PENCERNAAN YANG BAIK UNTUK KESIHATAN

ALPHA LIPID LIFELINE mengadungi Lactobacillus Acidophilus yang amat berguna untuk sistem pencernaan.

KEBANYAKAN kita pernah mengalami sembelit atau pembuangan air besar yang tidak lancar. Masalah ini lazimnya berlaku di kalangan golongan berusia. Antara punca utama adalah kurangnya pengambilan serat dalam pemakanan harian, kurang air, perubahan dalam sistem flora usus, gangguan fungsi hati, masalah gastrousus, penyalahgunaan ubat laksatif, kurang aktiviti fizikal dan tekanan.

Kajian menunjukkan pengambilan probiotik (bakteria bermanfaat) boleh membantu mengawalatur pergerakan usus atau melancarkan proses pembuangan air besar. Probiotik daripada strain Lactobacillus acidophilus  mampu menghalang bakteria dan yis berbahaya daripada mengkoloni usus.

Bakteria bermanfaat ini juga didapati mampu bertahan dengan persekitaran asid (asid perut) dan hempedu serta merembeskan bakteriosin untuk melawan jangkitan. Pertumbuhan patogen berbahaya seperti bakteria dan yis berbahaya akan menimbulkan gejala seperti kembung perut, angin, ketidakcernaan, sembelit dan cirit-birit.

Amalan pengambilan bakteria bermanfaat ini juga terbukti berkesan dalam melawan Escherichia coli dan Clostridium difficile (bakteria yang boleh menyebabkan cirit-birit).

Apabila sistem perkumuhan berjalan dengan perlahan atau lambat, najis akan menjadi semakin mengeras dan menyukarkan proses pembuangan. Tubuh pula akan menyerap semula kandungan bendalir dan toksik terlarut daripada najis pada sepanjang tempoh itu.

Proses ini menyebabkan mereka yang sering mengalami sembelit cenderung turut merasa keletihan, sakit kepala dan masalah nafas berbau, selain turut menjejaskan kecerdasan minda.

Pengambilan bakteria bermanfaat seperti yang disebutkan dalam jangka panjang boleh memodulasi fungsi imun dan melawan jangkitan, mencegah gejala gastrousus seperti ketidakcernaan, perut kembung dan berangin, sendawa, sembelit dan cirit-birit.

Bakteria hidup ini juga didapati turut memberi manfaat dalam memperbaiki masalah gastritis, kolitis ulseratif dan juga jangkitan Helicobacter pylori, selain membantu dalam proses sintesis sesetengah vitamin dan membantu pemecahan makanan.

Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah intolerans laktosa, pengambilan probiotik akan mengeluarkan enzim laktase untuk membantu mencerna laktosa untuk ditukar kepada molekul yang lebih kecil dan lebih mudah diserap oleh tubuh. Ini menyumbang kepada sistem pencernaan yang lebih baik dan mengurangkan gejala kembung berangin dan cirit-birit.

No comments:

Post a Comment