Saturday, July 24, 2010

PENYAKIT GASTRIK

SESEORANG yang menghidap penyakit gastrik atau dalam istilah perubatan disebut ‘Penyakit Peptik Ulser’, sering mengalami pedih ulu hati.Ia kerap berlaku dalam keadaan perut yang kosong, terutama pada waktu lewat malam atau awal pagi.

Kepedihan yang dialami oleh penghidap penyakit peptik ulser ini berbeza, tetapi berada dalam lingkungan sakit sedikit hingga kepada sakit yang teruk berdasarkan tahap penyakit yang dihidapi. Biasanya, apabila rasa pedih ulu hati menyerang, kebanyakan pesakit akan segera makan atau meminum sesuatu seperti susu atau makanan lain untuk melegakan kepedihan ini.

Seperti yang saudara katakan, apabila muntah saudara akan berasa lega. Sebenarnya, muntah juga membantu untuk melegakan rasa kepedihan.

Selain pedih ulu hati, kadangkala pesakit gastrik berasa sebu pada bahagian atas perut. Mereka juga sering mengalami jeluak dan sedawa. Ada juga kes yang dikategorikan sebagai teruk, pesakit akan buang air besar cair.

Penyakit peptik ulser adalah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh asid di dalam sistem penghadaman perut. Ia merangkumi penyakit ‘Duodenal ulser’, ‘Gastric ulser’ dan ‘Refluks Oesophagitis’.

Ia berpunca daripada asid yang merosakkan dinding perut. Sebahagian daripada pesakit gastrik ini mempunyai kuman ‘Helicobacter pylori’ dalam perut mereka, yang bertindak melemahkan ketahanan dinding perut daripada ancaman asid.

Komplikasi yang mungkin berlaku kepada pesakit peptik ulser atau gastrik termasuklah pendarahan, kebocoran dinding perut dan stenosis iaitu perut sumbat. Semua komplikasi ini dikategorikan sebagai teruk dan boleh mengancam nyawa.

Sekiranya seseorang itu mempunyai tanda penyakit gastrik boleh lah mencuba produk Alpha Lipid untuk mengurang pedih perut anda…

TESTIMONI GASTRIK / MIGRAIN
Saya seorang pelajar sarjana jurusan mikrobiologi dari UKM. Beberapa tahun lepas saya dikenalpasti mengidap gastrik dan migrain. Selain itu saya mengalami keadaan senggugut yang teruk (terpaksa mengambil ubat dari hospital setiap bulan).

Setelah 2 bulan saya mengamalkan Alpha Lipid Lifeline, saya tidak lagi mengalami senggugut, pedih perut (gastrik) mahupun sakit kepala(migrain).

Saya sungguh gembira kerana kembali normal seperti sedia kala. Selain itu dengan bantuan Alpha Lipid Lifeline saya dapat merasakan kecerdasan semasa pembelajaran dan prestasi akademi saya juga telah meningkat.





Cik Normah (25 tahun),
Kedah

Friday, July 2, 2010

PENYAKIT OSTEOPOROSIS


Setiap hidangan ALPHALIPID LIFELINE mengandungi kalsium 1,000 miligram yang mampu mengelakkan serangan Osteoprosis.
Osteoporosis

Penyakit osteoporosis kerap menyerang wanita berbanding lelaki dan kesan serius bagi osteoporosis ialah keretakan, selalunya di pinggul, tulang belakang dan pergelangan tangan.
PERNAHKAH anda melihat wanita tua bertubuh bongkok? Wanita tersebut berkemungkinan mengalami osteoporosis yang menyebabkan tulang pinggulnya melengkung. Osteoporosis secara literal bermaksud tulang poros iaitu penyakit kerangka sistematik yang dicirikan dengan penyusutan kepadatan tulang dan perubahan struktur tulang yang menyebabkan tulang menjadi lemah.

WALAUPUN dianggap penyakit yang tidak mengancam nyawa, osteoporisis ialah penyakit kronik yang mengakibatkan kemerosotan tulang dan tulang mudah patah.

Kebanyakan orang menganggap osteoporosis hanya menyerang wanita tua yang menopaus atau kurang kalsium.Sebaliknya, osteoporosis juga boleh menyerang wanita muda bekerjaya. Mengapa? Tubuh wanita bekerjaya yang penat dan tidak bermaya akibat tekanan kerja di pejabat, bebanan kerja di rumah dan juga kewajipan lain menjadi faktor bongkok sebelum usia.

AKTIVITI fizikal dan kecergasan membantu mengurangkan risiko osteoporosis dan keretakan tulang.

Kesibukan yang keterlaluan menjadikan mereka tiada masa menguruskan diri sendiri dengan teratur. Corak pemakanan mereka juga tidak seimbang.

Hari ini, sindrom wanita muda memiliki tulang orang tua sudah ada dalam kalangan wanita berkerjaya. Ia berpunca daripada kekurangan bahan kalsium dalam badan, kurang bersenam dan menerima pancaran cahaya matahari tanpa perlindungan.

Penyakit itu juga kerap menyerang wanita berbanding lelaki. Kesan serius bagi osteoporosis ialah keretakan, selalunya di pinggul, tulang belakang dan pergelangan tangan.

Dianggarkan antara 10 hingga 20 peratus keretakan pinggul mengakibatkan kematian dalam masa setahun. Manakala, dua pertiga yang masih hidup menjadi hilang upaya.

Paling membimbangkan, dianggarkan pada tahun 2050 lebih daripada 50 peratus keretakan pinggul akibat osteoporosis berlaku di Asia.

Masalah paling biasa berkait dengan penyakit itu adalah keretakan tulang pinggul akibat terjatuh ataupun keretakan pada bahagian pergelangan tulang apabila cuba menahan badan daripada terjatuh.

Di Malaysia, satu kajian yang dijalankan pada 1997 menunjukkan kekerapan keretakan pinggul akibat osteoporosis dalam kalangan individu berumur 50 tahun ke atas adalah 90 bagi setiap 100,000 dengan kos kemasukan hospital secara langsung dianggarkan melebihi RM22 juta.

Menurut Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik dari sebuah klinik swasta di Damansara, Selangor, Dr. Lee Joon Kiong (gambar), osteoporosis boleh dicegah bagi kebanyakan individu. Katanya, kesihatan tulang manusia bergantung kepada gen, paras hormon, gaya hidup dan diet.

"Kita boleh melindungi dan menguatkan tulang di semua peringkat umur. Masa terbaik adalah semasa masih muda. Ini kerana tahap kepadatan tulang yang baik adalah pada umur 30-an.

"Namun, selepas itu (selepas umur 30-an) amat penting untuk kita mengekalkan kekuatan tulang dan mencegah kehilangan kepadatan tulang," katanya pada majlis Kempen Kesedaran Kesihatan Tulang oleh Wyelth Consumer Healthcare di Kuala Lumpur.

Menurutnya, pengambilan kalsium yang mencukupi dapat membantu mengekalkan tulang yang sihat dan kuat.

Tambahnya, pengambilan kalsium harian yang disyorkan bagi orang dewasa di bawah umur 50 tahun adalah 1,000 miligram.

PENGAMBILAN kalsium harian yang disyorkan bagi orang dewasa di bawah umur 50 tahun adalah 1,000 miligram.
Katanya, keperluan meningkat kepada 1,200 miligram bagi orang dewasa berumur 50 tahun ke atas. Bagaimanapun, dilaporkan bahawa rakyat Malaysia tidak mendapat kalsium yang mencukupi daripada diet semata-mata.

"Pengambilan kalsium semasa bagi diet rakyat Malaysia adalah di antara 300 hingga 400 gram sehari iaitu kira-kira 30 peratus daripada Pengambilan Diet Yang Disyorkan untuk kalsium.

"Kajian itu menunjukkan mengapa pengambilan suplemen kalsium penting," kata pensyarah dari Universiti Perubatan Antarabangsa, Profesor Madya Nutrisi dan Dietetik, Dr. Winnie Chee.

Dalam pada itu, menurutnya, senaman yang mencukupi penting bagi mencegah osteoporosis.

"Senaman mengangkat berat secara tetap membantu menguatkan tulang dengan menambah kepadatan tulang dan kemudian menolong mengurangkan risiko osteoporosis.

"Aktiviti fizikal dan kecergasan membantu mengurangkan risiko osteoporosis dan keretakan tulang. Sebagai tambahan, senaman menguatkan otot dapat memperbaiki kecerdasan, kekuatan dan keseimbangan, seterusnya mengurangkan risiko jatuh," katanya.

Thursday, July 1, 2010

PENYAKIT KULIT & ALERGIK


ALPHA LIPID LIFELINE ini mengandungi Growth Factors dan Immunoglobulin antara growth factors yg ada ialah Epidermal Growth Factor (EGF), ia dapat membantu proses pembentukan sel-sel Epiderma (sel kulit) sebab itu ia sangat baik utk mereka yang mempunyai masalah kulit.

Psoriasis

Ramai pesakit yg menghadapi masalah kulit jenis Psoriasis telah mencuba produk Alpha Lipid ini dan kini kulit mereka semakin baik dan tidak gatal -gatal lagi. EGF ini juga dapat membantu pemulihan sel-sel kulit yang tercedera akibat luka atau terbakar.